08 January 2023

NAMA EDIKA YUSOF KEMBALI JADI BUALAN - PERNAH TOLAK TAWARAN ISTERI KAHWIN LAIN, LAYAN ISTERI SAKIT MACAM BIDADARI



Nama pelakon Edika Yusof, 55, kembali menjadi bualan warganet di media sosial, dek kerana kemelut yang melanda rumah tangga pengarah Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana.


Semuanya kerana kesetiaan pelakon popular era 90-an itu yang menjaga isterinya, Nor Hidayah Yusri, 44, yang mengalami lumpuh separuh badan sejak 18 tahun lalu.

Nor Hidayah menghidap penyakit meningitis sehingga menyebabkannya koma, bisu, hilang deria pendengaran selama setahun, diikuti lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak kedua.

Klik untuk gambar besar



Edika dalam laporan sebelum ini memaklumkan, cabaran amat besar bila bergelar pelakon kerana sentiasa ada wanita yang cuba mendekatinya.

"Sejak mula isteri sakit, saya sering menerima panggilan daripada wanita di media sosial sampai hari ini tetapi saya tidak pernah melayannya," katanya.

Malah, isteri Edika ketika ditemubual satu portal sebelum ini juga pernah meminta suaminya itu berkahwin lagi tetapi Edika menolaknya.

"Saya pernah suruh suami kahwin lagi tetapi suami beritahu untuk apa tambah masalah lagi? Cukuplah satu wheel chair (kerusi roda) ini saya tolak," tuturnya.



Sementara itu, seorang pengguna aplikasi TikTok, @eyka_talib memuat naik klip video meninggalkan pesanan agar suami di luar sana dapat menjadikan kesetiaan Edika sebagai contoh dalam melayari alam perkahwinan.

"Jadilah seperti Edika Yusof yang sentiasa ada dengan isterinya yang lumpuh. Isteri suruh kahwin lain pun tak nak sentiasa jaga isterinya macam bidadari. Masih lagi wujud lelaki sejati zaman sekarang ini?, "tulisnya yang turut meletakkan tanda pagar 'Puteri Sarah Liyana'.

Sementara itu, menerusi tinjauan di Instagram Edika pula, rata-rata pengikutnya memuji kesetiaan pelakon itu menjaga isterinya serta mendoakan kebahagiaan rumah tangganya supaya berkekalan.




________ IKLAN ________

JUALAN TERBESAR 1.1 TAHUN BARU 2023.. - - Dapatkan pelbagai barangan dengan potongan diskaun KAW KAW dalam jualan 1.1. Tahun baru 2023 mulai 12 malam ini. Jangan terlepas tawaran gilang gemilang yang hanya muncul setahun sekali.












_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: