08 January 2023

"BUKAN SEKALI DUA PAPA MENANGIS SEBAB YOU" - PUTERI SARAH MINTA JANGAN JADI ANAK DERHAKA, KIFARAH ITU ADA



"Bukan sekali dua papa menangis sebab you. Berkali-kali. How dare you! Jangan jadi anak yang derhaka. Mama pun awak buat menangis. Ketawalah belah sana, ketawalah. Kifarah itu ada," tulis pelakon Puteri Sarah Liyana menerusi satu hantaran di IG Story dimana dia mengakui bahawa dia sudah menganggap keluarga mertuanya seperti ibu bapa kandungnya sendiri.


Tambah Puteri Sarah, dia sudah tidak sanggup melihat ibu bapa mertuanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail menangis disebabkan hal yang melibatkan Syamsul Yusof.

Menurut Sarah, ketika mengerjakan umrah pada 26 Januari hadapan, dia akan mendoakan kebahagiaan ibu dan bapa mertuanya.

"Sarah tak bahagia tak apa, Sarah boleh sembuhkan sendiri tapi jangan mama dan papa tak bahagia," ujarnya.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, Yusof Haslam ketika ditemubual Melodi itu berkata, dia tidak dapat menyembunyikan rasa kecewanya apabila gugur air mata gara-gara tindakan Syamsul yang membelakangi keluarga. Jelas Yusof Haslam, luka hatinya tidak sedalam ibu Syamsul yang sedih dengan perbuatan anak lelakinya itu.

"Bohong kalau cakap saya tak kecewa. Luahan hati saya mungkin tak sama datin sebab dia seorang ibu. Saya berpesan kepada datin kita doakan yang terbaik.

"Kalau timbul permasalahan lagi, saya harap Syamsul akan bagi penjelasan dan bertanggungjawab dengan apa yang berlaku. Jika ditakdirkan mereka tidak ada jodoh (harap tidak berlaku), Syamsul kena bertanggungjawab dengan isteri dan anak-anak," katanya.

Dalam pada itu, pengarah dan penerbit berumur 68 tahun ini menegaskan kepada Syamsul bahawasanya tanggungjawab sebagai suami dan ayah bukan semata dengan memberi nafkah wang ringgit.



"Bukan semata-mata hanya bagi duit. Kehidupan ini bukan satu perkara mudah. Kehidupan ini satu perjuangan. Perjuangan untuk mempertahankan rumah tangga, pertahankan isteri.

"Menjalankan tanggungjawab suami bukan hanya memberi nafkah duit semata-mata tetapi menjaga perasaan masing-masing. Suami perlu menjaga perasaan isteri dan isteri juga perlu melakukan yang sama," tuturnya.

Akhir kata, Yusof menekankan dalam satu hubungan kekeluargaan perlu ada sifat memujuk sekiranya berlaku perselisihan faham.



"Saya dah kahwin dengan datin 40 tahun. Selama 40 tahun itu, yang mengekalkan hubungan kami itu saya bersifat memujuk. Kalau isteri merajuk, kita pujuk. Jangan membiarkan isteri merajuk dan memendam rasa. Kita manusia tak sempurna. Kalau ada masalah selesaikan terutama suami sebab dia adalah imam dalam keluarga," jelasnya.

Pada Jumaat lalu, Syamsul mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan bahawa dia sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand dengan berwalikan bapanya, pelakon veteran Kazar Saisi.

Tindakan Syamsul dan Ira Kazar kahwin senyap-senyap di negara Thailand membuatkan ramai orang kecewa termasuk isteri pertama, Puteri Sarah dan keluarga kedua belah pihak.

Untuk makluman, Syamsul dan Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Summayyah, 4.








________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: