08 January 2023

"GENG TASTE LAKI ORANG EH?" - ISTERI FAD BOCEY 'SOUND' WANITA CUBA GANGGU RUMAH TANGGA, SIAP HANTAR GAMBAR TAK SENONOH



"Dia DM (direct message) suami kita gambar tersembul lepas itu unsend. Awak jumpa laki saya dekat TV3 pun awak boleh buat apa? Geng taste laki orang eh? Nak cuba-cuba. Awak mungkin tak kenal saya tau. Kalau orang cakap singa itu ganas, saya punya tahap lagi atas dari itu.


"Tak payah nak buat tersend dengan harapan laki saya buka tengok lepas itu taste dekat you. Dia tak taste!" itulah kata isteri kepada pelawak Fad Bocey iaitu Syaheera Rahman menerusi Instastory.

Ketika hangat memperkatakan mengenai kemelut rumah tangga membabitkan pelakon Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof, isteri Fad turut mendedahkan suaminya diganggu seorang wanita baru-baru ini.

Dalam hantaran tersebut, Syaheera atau nama sebenarnya Nur Syahirah A. Rahman menjelaskan, wanita itu cuba menggoda suaminya dengan menghantar mesej dan foto tidak senonoh menerusi laman Instagram.

Klik untuk gambar besar



Cubaan itu bagaimanapun tidak berjaya kerana dia sendiri membaca dan membalas mesej tersebut. Bersama perkongsiannya tersebut, dia turut memuat naik paparan skrin mesej dihantar wanita berkenaan.

Individu ini dipercayai telah menyahaktifkan akaun miliknya setelah 'disekolahkan' oleh Syaheera. Susulan insiden itu, Syaheera meminta agar orang ramai terutamanya isteri lebih berhati-hati selepas ini kerana wujud wanita yang suka mendekati suami orang.

"Apa pun cuma berhati-hatilah para isteri. Suami elok ke tak elok ke perempuan-perempuan perangai tak elok ini takkan kisah. Selalu periksa suami awak.

"Kita isteri selalu ada deria rasa dan bau kalau perempuan itu jenis gedik suka test market. Apa yang kita boleh buat selalu ingatkan suami kita. Semoga sentiasa dia ingat," tuturnya lagi.

Dalam pada itu, Syaheera juga ada meluahkan rasa syukur apabila orang sekeliling memaklumkan pada dirinya bahawa Fad seorang yang tidak mudah terpengaruh dengan wanita lain.

"Macam Fad, Alhamdulillah ramai selalu cakap saya jangan risau dia bukan jenis sembarangan layan orang tapi yang buat kita kena lebih berhati-hati adalah perempuan yang suka test laki orang. Kurang ajar betul masa isu panas inilah dia cuba kita pula," ujarnya.

Untuk makluman, Fad dan atau nama sebenarnya Muhammad Fazlie Mohd Nizam dan Syaheera telah mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015. Pasangan ini dikurniakan empat orang anak iaitu Favian Adrazin Hayyan, Favian Adrazin Zayyan, Nur Aminah Mishall dan Ibrahim Jibriel.


________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: