08 January 2023

"ITU MASALAH MEREKA, SAYA TAK MASUK CAMPUR" - YUSOF HASLAM AKUI LETIH, TIADA PERANCANGAN JUMPA KAZAR



"Saya tiada langsung telefon dia (Kazar) atau dia hubungi saya. Tak ada fasal saya nak cari dia. Itu masalah mereka, saya tak masuk campur," ujar penerbit Datuk Yusof Haslam yang menjelaskan bahawa dia tiada sebarang keperluan untuk dia menghubungi atau berjumpa besannya iaitu pelakon Kazar Saisi bagi membincangkan isu perkahwinan anaknya Syamsul Yusof dengan Ira Kazar.


Ini kerana kata, Yusof, 69, masalah yang timbul tiada kena mengena dengan dirinya selain tidak mahu masuk campur urusan anaknya itu.

Dalam pada itu, Yusof turut enggan mengulas mengenai kenyataan isterinya, Datin Patimah Ismail yang membuat kenyataan tidak akan memaafkan Kazar yang didakwa membantu Ira berkahwin dengan Syamsul di Thailand.

Kata Yusof, dia menganggap kenyataan dibuat isteri sebagai hak peribadi dan enggan masuk campur: "Maaf, mengenai perkara itu saya tak mahu ikut campur kerana itu hak dia," tuturnya.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, berhubung kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah yang masih tiada penyelesaian, Yusof memberitahu dia sudah tidak mahu memberikan sebarang komen, sebaliknya berharap anaknya itu dapat selesaikan sendiri.

"Saya sudah letih untuk memberikan komen. Ramai yang bertanyakan saya tentang ini. Cukuplah dengan apa yang saya telah kongsikan sebelum ini. Bagi saya, Syamsul sebagai lelaki biarlah dia buat urusan hidup dia sendiri. Saya tidak lagi mahu bercakap tentang soal ini," katanya.

Sebelum ini, Yusof meluahkan rasa kecewa apabila Syamsul tidak berbincang terlebih dahulu untuk berkahwin dengan Ira Kazar.

Yusof bagaimanaupun reda dengan keputusan dibuat Syamsul dan berharap agar anaknya itu tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap Puteri Sarah dan dua cahaya mata mereka iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.


________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: