"Entah apa la yang korang cari pada aku. Aku dekat hospital sampai 3 pagi malam tadi. Aku sepatutnya ditahan sebab dah empat hari tak sedap badan. Dan aku juga dapat banyak kecaman disebabkan isu Ira Kazar dan Sol (Syamsul).
"Sejujurnya, aku tak terlibat dan tak tahu mengenai dia orang. Bukan aku yang bawa dia orang ke Thailand dan aku tak kerja sebagai imigresen yang cop pasport dia orang atau kadi dia orang."
Demikianlah kata wanita yang pernah dikaitkan dengan pelawak Shuk Sahar iaitu Farah Salleh dimana dia terkena tempias isu pengarah Syamsul Yusof dan isteri keduanya, Ira kazar.
Klik untuk gambar besar
Ekoran kontroversi tersebut, Fara mendedahkan dia tidak dapat hidup dengan tenang kerana diburu netizen selain menerima pelbagai mesej berbentuk kecaman atas perkara yang tidak ada kena mengena dengan dia.
Fara berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada Ahad yang turut memaparkan tangannya di cucuk jarum branula semasa menerima rawatan di hopsital, selepas tidak berapa sihat sejak beberapa hari lalu.
Dalam pada itu, Fara yang berasa kesal dengan apa berlaku itu turut meminta agar netizen berhenti mengecam dirinya dan kembali semula ke pangkal jalan.
"Tolong berhenti hantar mesej berbentuk kecaman kepada aku. Aku ada hidup aku sendiri dan aku tak ambil peduli dengan hidup orang lain. Untuk netizen, sila cari Allah SWT daripada cuba cari dosa orang lain," katanya lagi.
Terdahulu, nama Fara pernah menjadi bualan hangat netizen apabila dikatakan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Shuk dan isterinya, Rossa Sera sekitar dua tahun lalu. Malah sehingga kini status rumah tangga Shuk dan isterinya masih menjadi tanda tanya peminat.
________ IKLAN ________
JUALAN TERBESAR 1.1 TAHUN BARU 2023.. - - Dapatkan pelbagai barangan dengan potongan diskaun KAW KAW dalam jualan 1.1. Tahun baru 2023 mulai 12 malam ini. Jangan terlepas tawaran gilang gemilang yang hanya muncul setahun sekali.
_______ IKLAN _________
________________________
No comments:
Post a Comment