08 January 2023

ABBY ABADI PUN KENA TEMPIAS - NETIZEN UNGKIT KES CERAI, TERKENANG KISAH 'SERANG' SET PENGGAMBARAN



Isu keruntuhan rumah tangga selebriti lain disebabkan gangguan orang ketiga nampaknya kembali diungkitkan netizen selepas isu hangat melibatkan pengarah Syamsul Yusof yang berkahwin dua baru-baru ini dengan pilihan hatinya, Ira Kazar.


Antara kisah yang kembali menjadi perhatian adalah penceraian pasangan pelakon Abby Abadi, 45, dan Norman Hakim yang pernah kecoh suatu ketika dahulu sehingga ada cuba membuat persamaan dengan apa sedang dilalui oleh pelakon Puteri Sarah Liyana ketika ini.

"Sejujurnya dulu saya tak pernah serang siapa-siapa, tak pernah sebab saya tak tahu siapa orang ketiga, keempat semua itu. Sebab saya tak berjaya periksa telefon bekas suami atau menjejaki gerak-geri 'gasing' dia waktu itu.

"Sebab dia kata dia sibuk penggambaran... bekas suami memang jenis lari-lari dan tak balik-balik. Jadinya, saya banyak tak tahu sebelum... Jeng, jeng, jeng!

Klik untuk gambar besar



"Yang kata saya serang bekas suami dekat lokasi penggambaran, saya mencari sahaja sebab lama tak jumpa dan mahukan penjelasan. Tak ada bawa senjata apa pun.

"Dan bila jumpa orang kata saya marah-marah, nangis-nangis... dah tu? Takkan saya nak seronok kalau bekas (suami) tak balik-balik dan sampai dah nak bercerai bagai," kata Abby yang berkongsi perkara itu menerusi akaun TikTok miliknya pada Ahad.

Dalam pada itu, Abby turut meminta agar netizen untuk berhenti membuat sebarang spekulasi tentang insiden tersebut yang sudah menjadi lipatan sejarah dalam hidupnya.

Kata Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, sehingga ke hari ini dia masih menyimpan banyak perkara tanpa pengetahuan sesiapa pun termasuk keluarganya sendiri.

"Kes saya dulu banyak yang tak tahu sebab saya simpan seorang diri. Apa yang boleh saya cakap, bekas suami dulu sangat bernasib baik sebab saya kurang bercerita. Kalau banyak fitnah, rasa macam nak menjawab jugalah. Perlu ke?," ujarnya.

Untuk makluman, Abby dan Norman berkahwin pada 2002 namun pasangan itu bercerai pada 2009. Mereka dikurniakan tiga anak cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim, dan Danisha Hakim.

Abby kemudiannya bertemu jodoh dengan Muhammad Faizal Zakaria pada Ogos 2015 manakala Norman pula berkahwin kali kedua dengan pelakon Memey Suhaiza pada September 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Meskipun pernah melalui episod gelap dalam rumah tangga, namun kini Norman dan Abby kekal bersahabat baik malah menjaga silaturahim dengan Memey.


________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: