08 January 2023

"BESAN KAMI EN. MEGAT KAMARUDDIN (BAPA PUTERI SARAH) BUKAN DIA (KAZAR)" - IBU SYAMSUL YUSOF



Ibu kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail nampaknya berterusan menulis komen tidak merestui hubungan anaknya dengan isteri kedua, Ira Kazar, sejak hari pertama didedahkan.


Terbaharu, komen Patimah sekali lagi menjadi perhatian apabila menegaskan dia dan suami iaitu pengarah dan penerbit Datuk Yusof Haslam tidak berbesankan dengan pelakon Kazar Saisi.

"Besan kami En. Megat Kamaruddin (bapa Pueri Sarah) bukan dia (Kazar)," tulis Patimah menerusi ruangan komen bagi merujuk kepada artikel mengenai suaminya yang enggan bertemu dengan Kazar bagi membincangkan mengenai perkahwinan anak mereka.

Klik untuk gambar besar

Sehubungan itu, rata-rata netizen menyokong tindakan Patimah sekali gus kagum dengan cara wanita itu membela nasib menantunya, Puteri Sarah.

"Terbaik Datin! Untung Puteri Sarah dapat mentua sebaik datin. Saya harap datin terus kuat." - "Semoga datin dan Puteri Sarah diberi kekuatan. Harap sangat datin terus menyokong dia.

"Dari sini kita nampak Puteri Sarah sangat disayangi. Dia mesti seorang menantu yang baik dan menghormati. Mak Syamsul sendiri pun tak sokong anak dia," antara komen-komen netizen.


________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: