01 February 2023

"ALHAMDULILLAH, HIDUP SEKARANG LEBIH BERSYUKUR & TENANG SEBAB DUIT TAK HABIS LESAP" - MAWAR KARIM



Usahawan dan juga bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Mawar Karim telah memuat naik perkongsian sehingga menjadi perhatian apabila seolah memberi bayangan dia banyak menanggung keluarga ketika bergelar isteri.


Dalam perkongsian di Insta Story itu, Mawar tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun mengakui hidupnya kini lebih tenang bebanding dahulu.

"Alhamdulillah hidup sekarang lebih bersyukur dan tenang sebab duit tak habis lesap. Kalau berbanding dulu faham-faham sendirilah. Takkan nak cerita satu dunia apa yang saya kena tanggung selama itu.

"Yang penting kita tak kena tipu atau dipergunakan selama ini pun sudah Allhamdulillah," ujar Mawar yang berkongsikan mengenai perkara itu ketika menjawab komen netizen yang mengatakan dia tidak lagi cantik seperti dulu serta kasihan dengan usahawan tersebut.

Klik untuk gambar besar



Tidak hanya berdiam diri, Mawar turut menyelar individu tersebut yang meninggalkan komen menggunakan akaun media sosial palsu untuk menyerangnya.

"Awak punya komen pun 'sedih' pakai fake account. Pakai je real account sebab kita boleh check la sekarang ini. Masalahnya awak tahu ke saya tak bahagia?

"Rasa dah lama tak bagi motivasi. Kita mula Februari dengan Bismillah… Apa pun nasihat saya jangan kesiankan orang, kesian diri sendiri kalau nak happy," tulisnya.

Untuk makluman, Mawar dan Fizo pernah berkahwin pada 10 November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam pada 29 Dismeber 2017.



________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: