"Kami tak bertemu sudah lima bulan. Jadi, hati mana yang tidak gembira bila dapat berjumpa, orang kata kekasih syurga kita.
"Jadi, bila lama tak jumpa dapatlah saya bawa Ivy pulang ke kampung halaman di Melaka. Dia pun cakap nak jumpa neneknya di kampung. Lagipun, ini masih musim cuti sekolah, jadi dapatlah bawa Ivy habiskan masa di rumah nenek.
"Ivy pun nak sangat berjumpa sepupu, jadi semua adik-beradik saya berkumpul di kampung, Alhamdulillah," kata pelakon Adam Shahz yang akhirnya dapat bertemu dengan anak perempuannya, Ivy Herra Sophia selepas lima bulan tidak berjumpa.
Menerusi Berita Harian, Adam berkata, pertemuan dia dan anaknya itu diuruskan oleh peguam kerana dia dan Fatin tidak berhubung serta urusan mahkamah mereka masih belum selesai.
"Sebenarnya ini hasil perbincangan antara peguam. Kami masih tak selesai lagi urusan di mahkamah. Saya nak cakap pun tak tahu kena tanya peguam.
"Saya ikut sahaja nasihat dan serahkan semuanya kepada peguam. Insya-Allah, kes kami bersambung pada 17 April ini," ujarnya.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Adam berharap isu penjagaan anak dapat diselesaikan secara adil kerana anaknya itu mempunyai ibu bapa.
"Saya senang sahaja sebenarnya. Saya bukan kata nak kemenangan, cuma saya mahukan kedua-dua pihak mendapat keputusan adil.
"Saya tak kata nak ambil anak terus. Sebab Ivy pun ada emak dan bapa. Jangan aniaya anak dengan perkara sebegini. Apa yang terjadi biar antara kita berdua.
"Jadi, saya harap isu antara kami akan diselesaikan dengan baik. Anak sudah tidak bertanya soal ini, jadi saya tak mahu ganggu dan bercerita lagi," tuturnya.
________________________
No comments:
Post a Comment