31 March 2023

WAJAH MEREKA BERSIH, CANTIK & TIADA KESAN TERBAKAR - EBIT LEW



"Adik kecil Puteri Aisyah, Mohd Hakim, Mustakim dan Fatihah, kecil-kecil semuanya. Melihat wajah bersih cantik semuanya.

"Saya lihat wajah anak-anak semua comel bersih. Tidak terbakar. Ada calar-calar pun sikit-sikit. Empat beradik dijumpai di bilik air. Mungkin lemas asap dan haba panas," dedah pendakwah terkenal, Ebit Lew menerusi perkongsian di akaun media sosial miliknya malam tadi.



Beliau berkata demikian mengenai adik beradik Syurga yang maut dalam kebakaran kediaman mereka di Kampung Sabak Awor, Muar, Johor.

Kejadian pada 7.49 malam itu telah mengorbankan Puteri Aisyah Tenko To, 8; Mohd Hakim, 6; Mustakim, 4 dan Fatihah Aisyah, 3.



Jenazah empat beradik itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahat kira-kira 8.15 malam tadi di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, di Muar.

Al-Fatihah..!!









         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: