23 April 2023

GAMBAR HAQIEM RUSLY DI IG DIPADAM ISTERI, BERI BAYANGAN TAK BERHIJAB?



Ketika orang ramai sedang bergembira menyambut hari raya, timbul pula spekulasi dalam rumah tangga penyanyi dan komposer, Haqiem Rusli, 24, apabila isterinya, Anis Sofea, 21, mencetuskan tanda tanya selepas tindakannya meninggalkan tiga hantaran gambarnya di laman Instagram, selain tiada lagi gambar bersama suami dimana dipercayai sudah dipadam.

Bukan itu sahaja, malah isteri Haqiem itu juga membayangkan dirinya seakan tidak berhijab lagi kerana dilihat sekadar mengenakan selendang di kepala yang menampakkan bahagian rambutnya dengan disertakan kapsyen, 'SHR!!' yang mungkin membawa maksud 'Selamat Hari Raya'. Anis bagaimanapun bertindak menutup bahagian komen.


Menerusi hantaran di Instagram Story pula, Anis atau nama penuhnya Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, hanya berkongsi gambar dirinya bersama ipar dan beberapa anak kecil.

Tindakan itu membuatkan peminat tertanya-tanya adakah pasangan suami isteri muda itu tidak meraikan Aidilfitri bersama sebagaimana dua tahun sebelumnya apabila mereka masing-masing kini dilihat seperti membawa haluan sendiri?

Sementara itu, semakan di Instagram Haqiem juga didapati penyanyi lagu 'Tergantung Sepi' dan 'Mimpi' itu hanya membuat hantaran foto dia bersendirian dan tiada langsung foto terbaharu bersama isterinya, selain gambar lama.

Klik untuk gambar besar













         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: