23 April 2023

TERPAKSA BERTONGKAT - KHALIS THE REAL SPIN MASIH SUKAR BERGERAK MESKIPUN 80% PULIH



"Kesihatan lain tiada masalah, cuma kaki saya belum cukup kuat lagi. Sebab itu, saya masih menggunakan tongkat. Jika permukaan jalan tak rata, saya takut terutamanya jika di kawasan menurun. Saya belum kuat tanpa bantuan tongkat.

"Kekuatan itu nak bergerak masih agak susah. Kalau dalam rumah, sudah boleh cuba lepaskan. Boleh jalan perlahan-lahan. Tapi kalau kat luar tak sesuai sebab saya jalan agak lambat kalau tak disokong tongkat. Kalau jalan tak rata, agak susah.


"Hanya boleh jalan 10 langkah ke depan dan lebih daripada itu, rasa tak yakin dah. Belum pernah jatuh lagilah, Alhamdulillah. Saya boleh cakap, saya sudah 80 peratus sihat," kata penyanyi kumpulan The Real Spin, Khalis Shari, 34, yang menjelaskan, dia masih mengalami kesukaran untuk bergerak walaupun kesihatannya sudah 80 peratus pulih.

"Tak tahulah masalah tisu atau masalah saraf. Kalau ikutkan doktor cakap ada masalah saraf. Jadi ia akan makan masa juga untuk pulih balik. Tapi boleh pulih balik, Insya-Allah," tuturnya yang turut berkata, berat badannya juga makin bertambah dari 28 kilogram (kg) ke 41kg dan mahu ia kekal begitu.

Klik untuk gambar besar



"Kalau berdiri saja walaupun lama, saya tak ada masalah. Yang membuatkan saya kurang yakin adalah apabila mula bergerak terutama kalau bergerak laju. Itu jadi risiko untuk saya dan takut jatuh.

"Saya sudah mula menyanyi semula dan single baharu pun sudah dilancarkan di YouTube beberapa minggu lalu. Saya kini bergerak solo saja," ujar Khalis yang tampil dengan lagu berjudul 'Di Pintu Syurga' baru-baru ini.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: