23 April 2023

TAK KISAH BERBELANJA BESAR UNTUK ANAK-ANAK - JAMAL ABDILLAH BERSYUKUR REZEKI MURAH



"Tak dinafikan, apabila mempunyai anak-anak masih kecil perbelanjaan keperluan mereka seperti pakaian boleh tahan besar juga. Namun, saya bersyukur anak-anak saya rezeki mereka sangat murah. Cuma Azura, sekolah dia yang saya masukkan sekarang adalah sekolah terbaik. Namun, ia memerlukan perbelanjaan yang besar.

"Jadi, saya tiada masalah dan menjadi halangan kerana saya cari rezeki pun untuk mereka," itulah kata penghibur legenda, Datuk Jamal Abdillah, 63, yang tidak kisah apabila perlu mengeluarkan perbelanjaan besar untuk pendidikan anak-anaknya, asalkan mereka dapat menimba ilmu di sekolah terbaik dan kesihatan mereka sentiasa terjaga serta membesar dengan baik.


"Saya tak berkiralah (perbelanjaan anak). Maksudnya bahagian susu, makan dan minum mereka itu pun sudah beribu-ribu ringgit, termasuk pakaian dan sekolah mereka lagi, Insya-Allah rezeki mereka murah. Malah, setiap anak-anak saya sudah ada simpanan mereka sendiri.

"Ini termasuk simpanan untuk Osama dan Zaki yang saya buat sebagai jaminan masa depan mereka," tuturnya yang meluahkan rasa syukur tiada masalah dari segi kewangan, selain mengakui teruja melihat perkembangan pendidikan Azura yang sangat fasih bertutur bahasa Inggeris.

Tambah Jamal lagi, Azura memang setiap hari selesa bertutur dalam bahasa Inggeris sehingga beliau pun kadang-kadang berasa tergagap juga nak menjawabnya, namun beliau tidak pernah memaksa Azura kerana itu minatnya bertutur bahasa Inggeris yang semula jadi.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: