28 April 2023

MAEL XPDC KINI SUDAH TIADA - HEMBUS NAFAS TERAKHIR USIA 55 TAHUN



"Adalah dengan sedihnya dimaklumkan bapa saya, Syed Ismail Syed Ibrahim, 55, menghembuskan nafas terakhir di pada hari Khamis. 27 April lebih kurang jam 9.30 malam di Hospital Muar," demikian kongsi anak perempuan Allahyarham, Sharifah Irfatasha. menerusi satu kiriman teks di aplikasi WhatsApp.

Beliau mengesahkan bahawa bapanya yang juga Vokakis kumpulan XPDC, Mael menghembuskan nafas terakhir pada usia 55 tahun di Hospital Muar, Johor kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun, Sharifah Irfatasha tidak menjelaskan butiran terperinci mengenai punca kematian bapanya itu.

Berita duka itu turut dikongsikan pengurus kumpulan yang hanya dikenali sebagai Bro Yazid di akaun Facebook peribadinya.

"Innalillahiwainnahirojiun. Al-Fatihah. Penyanyi XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim (Mael) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Muar," tulisnya.



Difahamkan, arwah mengalami semput dan dibawa ke hospital selepas maghrib.

Al-Fatihah..!!


Jom menang jam berjenama. Cuma komen dan kongsi dengan rakan post terkini di Facebook.
KLIK DI SINI...!!

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: