05 May 2023

ANAK-ANAK RAPATKAN HUBUNGAN CAT FARISH DENGAN SHIKIN MAEMBONG - TAK TOLAK ANDAI BERTEMU JODOH



Penyanyi Cat Farish yang sudah empat bulan bergelar duda itu mengakui dirinya kini sedang berkawan rapat dengan Shikin Maembong dan hubungan mereka terjalin sejak sebulan lalu ketika berniaga di sebuah festival jualan Aidilfitri pada Ramadan lalu selepas hatinya terbuka untuk mengenali kakak kepada pelakon Emma Maembong ini dek melihat anak-anaknya selesa dengan kehadiran wanita tersebut.

"Sekarang ini saya memang dengan dia (Shikin), kami sedang dalam proses kenalkan anak-anak kami. Hubungan kami pun baru lagi dalam sebulan macam itu. Hubungan kami mula dengan perniagaan, sama-sama ada minat berniaga. Kami kenal pun ketika buka gerai di Starvendor. Memang masih dalam sesi kenal hati budi lagi.


"Macam saya pun pada mulanya tidak mahu beriya mencari pengganti tapi apabila anak-anak serasi dengannya, mereka pula yang lebih lincah berkomunikasi dengan Shikin. Memang agak terkejut dengan reaksi mereka apatah lagi anak sulung saya memang cukup susah nak rapat dengan orang. Betitik tolak daripada itu, kami mula berjumpa lagi dan dia juga ada tolong saya masa hari raya tempoh hari.

"Kalau ikutkan nak esok (kahwin), tapi kalau mengikut ramalan bulan dan bintang mungkin hujung tahun. Semuanya kenalah dengan cara yang betul. Kami memang ada bercakap mengenai perkara ini tapi baru sekadar bercakap. Kalau boleh memang nak cepat sebab kami banyak berniaga bersama.

Klik untuk gambar besar



"Tak manis juga kalau orang tengok kami asyik berdua sahaja. Umur masing-masing pun bukan 30-an, kalau dah berusia ini, bercinta sangat tak sesuai. Baik cepatkan perkara baik. Takkan nak dukung anak kecil lagi bila usia dah cecah 50 tahun," kata Cat yang tidak menolak andai bertemu jodoh dengan Shikin apatah lagi usianya hampir mencecah 50 tahun.

Untuk makluman, Cat pernah berkahwin dengan Hartiny Ramli dan bercerai pada April 2016. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 13 dan Qul Iskandar, 12 tahun. Kemudiannya, Cat berkahwin dengan Suriani Hassan pada 20 November 2020, namun berpisah pada Februari lalu tanpa dikurniakan zuriat.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: