29 June 2023

DISINDIR BELUM DIKURNIAKAN CAHAYA MATA - UQASHA SENROSE KECEWA, INI BALASNYA



Umum sedia mengetahui pelakon Uqasha Senrose sudah dua tahun mendirikan rumah tangga bersama pelakon Kamal Adli, namun masih belum dikurniakan cahaya mata.
Bagaimanapun, ada netizen telah menyindir isteri Kamal menerusi komen di laman Instagram milik pelakon itu, dimana individu tersebut meluahkan rasa kasihan kerana Uqasha dan adik-beradiknya masih tiada anak lagi.

Uqasha yang meluahkan rasa kecewa itu telah tampil membalas komen individu tersebut, selain mengakui sedih dengan apa yang diperkatakan netizen itu serta mengatakan bahawa soal anak adalah rezeki daripada Allah.

Klik untuk gambar besar
Pada Mac lalu, Uqasha berkongsikan dirinya mengalami keguguran sebanyak dua kali. Jelasnya, keguguran itu berlaku ketika dia mengalami tempoh haid yang panjang serta tidak mengetahui dirinya hamil.

Untuk makluman, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan pelakon Kamal Adli dalam sebuah majlis tertutup pada 5 November 2021.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: