30 June 2023

"HORMATILAH SIKIT STATUS SAYA SEBAGAI ISTERI & IBU..." - ADIRA BERANG DIAJAK JADI 'SKANDAL'



"Saya bukanlah seorang yang mudah melatah dengan perkara sebegini, namun menganggap ini sebagai keterlaluan. Jika tidak mendatangkan duit, memang saya tidak akan layan. Saya boleh dibawa bergurau dengan jenaka-jenaka namun bukan dengan lawak sebegini.
"Kalau saya mahu mencari skandal, dari dulu lagi saya sudah cari, tidal perlu tunggu sehingga beranak-pinak sebegini. Perkongsian ini dibuat sebagai pengajaran buat lelaki-lelaki di luar sana agar tidak sewenang-wenangnya menghantar mesej sebegini. Lagipun negara ini ada undang-undang.

"Hormatilah sikit status saya sebagai isteri dan ibu kepada empat orang anak. Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya perkara sebegini berulang lagi," ujar penyanyi Adira yang berang apabila menerima mesej peribadi yang menawarkan diri untuk menjadi skandalnya.

Klik untuk gambar besar
Menganggap pertanyaan atau gurauan itu sebagai keterlaluan, ibu kepada empat cahaya mata itu tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang pada masa hadapan.

Penyanyi yang popular dengan lagu 'Ombak Rindu' itu mengakui terkejut dengan keberanian segelintir pihak yang ingin kaya menggunakan jalan singkat. Malah, jejaka terbabit turut meninggalkan nombor telefonnya sekiranya Adira berminat untuk menjalinkan hubungan secara rahsia dengannya.

Untuk makluman, Adira dan Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 6; Asan, 5; Anggun, 4; dan Ayoub yang kini berusia sembilan bulan.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: