29 June 2023

"IA ADALAH BERITA PALSU, SAYA MASIH HIDUP..." - NINA ISKANDAR TERKILAN DIDAKWA MENINGGAL DUNIA DALAM KEMALANGAN



"Saya menerima berita kurang menyenangkan ini daripada ibu bapa sendiri dari jauh. Saya ingin jelaskan ia adalah berita palsu. Saya masih hidup dan dalam keadaan sihat, Alhamdulillah.
"Daripada sebar cerita palsu yang saya meninggal kemalangan kereta, cubalah buat tajuk baik-baik doakan kesejahteraan sayakah. Kan lebih baik begitu. Alang-alang banyak masa tu kan.

"Tak pasal-pasal bikin orang lain panik. Saya pula yang 'blur'. Saya ingin ingatkan agar tidak menyebarkan berita tidak benar tanpa mendapatkan maklumat sahih terlebih dahulu."

Klik untuk gambar besar
Demikian kata pelakon Nina Iskandar, 31, yang terkilan menjadi mangsa penyebaran berita palsu yang mendakwa dia meninggal dunia dalam nahas jalan raya, sekali gus mengundang panik dalam kalangan orang terdekatnya.

Sebelum ini, pelakon drama 'Andainya Takdir' itu berkongsi hantaran tangkap skrin sebuah berita yang mendakwa dia sudah meninggal dunia yang disiarkan dalam hantaran di Facebook.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: