28 June 2023

"KAMI JALANI HIDUP SEPERTI BIASA..." - KAKAK IRA KAZAR AKUI KELUARGA TAK TERKESAN APA-APA



"Kami semua baik-baik sahaja, tiada terkesan dan Ira juga sentiasa positif. Dengan apa yang berlaku, kami sekeluarga tidak terkesan dengan apa-apa, Alhamdulillah baik-baik sahaja. Hakikatnya semua sama sahaja, tiada apa yang lebih, tiada apa yang kurang. Kami menjalani kehidupan seperti biasa dan tiada kelainan.
"Ayah (Kazar) paling okay. Bila ayah okay dan kami pun okay. Keadaan Ira pun sama sahaja sejak dahulu, sentiasa positif," jelas kakak kepada Ira Kazar iaitu Melor Kazar yang memaklumkan, adiknya berada dalam keadaan baik-baik saja meskipun berdepan ujian rumah tangga, selain turut mendoakan yang terbaik buat kedua-dua belah pihak dan sebagai keluarga mereka hanya boleh memberi nasihat.

"Jujurnya, kami mendoakan yang terbaik buat kedua-dua pihak, sebelah sana dan sini. Sebab kita nak cakap lebih pun tak boleh, kita tak lalui apa yang mereka hadapi. Kita sebagai keluarga hanya boleh nasihat, dengar atau tidak, terpulang sebab masing-masing sudah besar dan boleh berfikir," katanya yang tidak mengambil serius dengan apa yang dikatakan netizen.

"Kami baca semua komen dan kecaman netizen sama ada negatif atau positif. Yang baik kami ambil, yang buruk kami buang. Kami adik-beradik sudah diajar dan dididik untuk sentiasa bersabar. Sebab kalau baca akan mengganggu mental. Alhamdulillah, semua okay, nak kata kami takut ke mana-mana pun tidak sebab hidup perlu diteruskan," ujarnya.

Klik untuk gambar besar

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: