29 June 2023

SEDAR POPULARITI SEMAKIN SURAM - ZAHID NAK CUBA MASUK GV UNTUK NAIKKAN NAMA SEMULA



Semua sedia mengetahui popularitinya penyanyi yang juga juara Akademi Fantasia 2 (AF2), Zahid dilihat semakin suram dalam industri seni tanah air sekarang.
Berhubung hal itu, Zahid atau nama penuhnya, Ahmad Zahid Baharudin, 43, berkata, dia menyedari popularitinya semakin tenggelam dan perlu mencari formula untuk kembali mendapat tempat di hati peminat.

"Saya faham asam garam jadi selebriti. Dia ada naik dan turun, macam bisnes juga. Saya tahu saya bukan dalam tahap terbaik dalam industri seni. Itulah sebabnya saya buat kerja lain dulu seperti sertai band yang ada nama untuk teruskan karier nyanyian saya.

Klik untuk gambar besar
"Saya sentiasa cari jalan untuk mendekati peminat antaranya aktif di media sosial TikTok. Instagram dan Twitter. Dekat situ saya akan jumpa peminat lama dan juga yang baru.

"Saya sekarang sebat (ambil) sahaja semua tawaran yang datang termasuk menyanyi di majlis kahwin. Apa yang ada, jalan. Sebab nak popular boleh dan senang tapi nak bertahan itu yang 'struggle'.

"Sebagai penyanyi saya nak bertahan dalam karier. Itu yang saya tengah buat sekarang," kata Zahid yang meluahkan hasrat untuk menyertai dan bersaing dalam Gegar Vaganza (GV) sekiranya diberikan peluang.



"Setakat ini tiada tawaran lagi. Kalau ada tawaran okeylah. Dah tentu saya akan ambil. Sebab kita tahu GV salah satu pentas yang orang kata boleh bantu karier kita.

"Saya nak bertahan tapi populariti dah perlahan. Sekurang-kurangnya GV boleh naikkan nama saya. Memang rasa rindu nak beraksi di atas pentas.

"Sebenarnya sekarang saya menyanyi dengan kumpulan Sons of Adam di sebuah kelab di Kuala Lumpur pada setiap Ahad sejak enam bulan lalu," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: