02 July 2023

"AIR MATA JADI SAKSI, RINDUKU BERBALAS" - AWIE LUAH SYUKUR AKHIRNYA BERTEMU ANAK-ANAK SELEPAS 8 TAHUN



"Terima kasih wahai Allah kerna mendengar doa-doaku. Sekian lama terpisah akhirnya dapat aku bertemu dengan anak-anakku. Syukur Ya Allah. Air mata menjadi saksi. Rinduku berbalas. Anak-anakku dunia akhirat. Moga bahagia hingga ke jannah. Terima kasih isteriku. Terima kasih kepada ibu anak-anakku.
"Moga ini menjadi titik permulaan yang baik untuk semua. Allahuakbar," demikian tulis penyanyi dan pelakon Datuk Awie yang meluahkan rasa syukur apabila dia akhirnya dapat bertemu dengan dua anaknya, Putra Ahmad Rezzki, 15; dan Putri Qasseh Antasha, 13, selama dua hari iaitu kelmarin dan semalam, selepas lapan tahun terpisah.

Berkongsi berita gembira tersebut menerusi Facebook, Awie turut memuat naik gambar mereka dalam pertemuan yang turut disertai isterinya, Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin dan anak-anak mereka yang lain iaitu Putri Aleeya Antasha, 23; dan Putri Aleefa Antasha, 21; dan Putra Ahmad Merrah, 16.

Klik untuk gambar besar
Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan, penyanyi kumpulan Wings itu dilihat berkumpul dengan anak-anaknya di sebuah hotel, selain meluangkan masa bersama dengan mereka bermandi-manda di kolam renang di situ.

Sebelum ini, Awie berkata, sambutan Aidiladha tahun ini paling bermakna kerana dia mungkin dapat bertemu dengan dua anaknya, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha yang kini di bawah jagaan bekas isterinya, Rozana Misbun.
Menerusi perkahwinan dengan Rozana pada 20 Jun 2005, mereka juga dikurniakan seorang lagi anak iaitu Putra Ahmad Merrah. Mereka bercerai pada 1 November 2014 dan Merrah kini tinggal bersama Awie.

Awie juga memiliki dua anak hasil perkahwinan pertama dengan penyanyi, Arni Nazira iaitu Putri Aleeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha.

Pada 7 Oktober 2016, Awie berkahwin dengan Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin dan dikurniakan seorang anak lelaki pada 2020.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: