15 July 2023

AL-FATIHAH - PEMAIN DRAM FTG KEMBALI KE RAHMATULLAH



Pada jam 12.50 malam tadi, pemain dram kumpulan FTG iaitu Zam atau nama sebenarnya, Mohd Nizam Mohd Sharif, dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Melaka, akibat masalah jantung.
Berita sedih itu dimaklumkan isterinya yang dikenali sebagai Lieza menerusi Facebook, dimana dua turut memberitahu jenazah Allahyarham suaminya dibawa ke Masjid Ar-Rahmah, Kampung Sungai Buaya, Rawang dan dikebumikan hari ini.

Sebelum ini, pada 2 Julai lalu, Lieza menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan Zam berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Koronari (CCU), Hospital Melaka dan terpaksa ditidurkan.

Keesokannya Lieza memaklumkan Zam sudah sedar dan berada dalam keadaan stabil. Namun, Rabu lalu, Zam terpaksa ditidurkan semula dan dipindahkan ke Wad Kebergantungan Tinggi (HDW) hospital berkenaan.

Untuk makluman, kumpulan FTG yang ditubuhkan pada 1989 adalah antara pelopor muzik thrash metal di negara ini.

Zam adalah antara anggota asalnya bersama Jac (gitar) Mie (bass) dan Bart (penyanyi) dan tampil dengan album Freedom That's Gone, After The Promise, Spirit To Rebel dan To The Front sebelum Tajul tampil sebagai penyanyi baru.

FTG kini dianggotai oleh Tajul (penyanyi), Jac (gitar), Jemboo (gitar) Hashim (bass) dan Joy (dram).

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: