08 July 2023

BERTENTANG MATA, TAMPIL SEDONDON - INSPEKTOR SHEILA AKUI IQBAL KACAK, TERBUKA HATI



"Bila berjumpa hari ini persepsi saya terhadap Iqbal berubah. Dia kacak, ramah. Badannya pun tidaklah terlalu besar," kata Inspektor Sheila yang tidak menyangka dapat bertentang mata dengan usahawan sensasi, Iqbal Zulkelfi dalam satu sesi pertemuan, selepas nama mereka mula menjadi sebutan ramai beberapa hari ini.
Dilihat tidak kekok bertegur sapa dan sempat bergurau mesra antara satu sama lain sepanjang sesi itu, Sheila yang kelihatan anggun mengenakan busana pengantin berwarna hijau muda dari butik Arma Couture dan sentuhan mekap pula hasil solekan Khai Baha, berkata, Iqbal memiliki ciri-ciri khas lelaki idaman, malah dia juga tidak ada masalah untuk menjadikan usahawan itu sebagai teman baiknya.

Impian ingin bertentang mata dengan akhirnya tercapai, Iqbal atau nama penuhnya, Ahmad Iqbal Zulkefli, 29, yang kelihatan malu-malu ketika kali pertama bertemu denganInspektor Sheila atau Sheila Sharon Steven Kumar, 35, tidak mengambil masa lama untuk menyesuaikan diri dengan pegawai kanan polis itu.

Klik untuk gambar besar
"Selepas berjumpa ini saya serius untuk berkawan dengan dia... saya merasakan dia seorang yang komited dan jelas dengan apa yang dimahukan. Saya juga tak mahu berfikir lebih, buat masa sekarang biarlah kami berkawan dahulu," ujar Iqbal yang mahu mengenali Sheila dengan lebih rapat dan bersedia untuk melangkah ke hubungan lebih serius jika ada jodoh antara mereka.

Bukan itu sahaja, Iqbal yang mengikuti perkongsian wanita itu di media sosial, juga sempat mempelajari beberapa perkataan bahasa Tamil termasuk ungkapan 'saya sayang kamu', selain juga sempat meninggalkan pesanan supaya Sheila menjadi seorang yang lemah lembut supaya tidak terus menerima kecaman netizen.

"Dia cantik dan boleh jadi model. Tapi sebelum ini ramai yang kecam sebab hanya mengenali Sheila sebagai seorang wanita yang tegas. Saya harap dapat mengajar dia supaya lebih bersikap lemah-lembut. Tidaklah orang asyik nak kecam selepas ini," tuturnya yang percaya di sebalik sifat garang yang selalu diperkatakan tentang Sheila, ada ciri-ciri kewanitaan yang membuatkan hatinya tertarik.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: