04 July 2023

BILA ABU SUFYAN RASA DIRI TAK LAYAK DIGELAR USTAZ ATAU PU DEK BANYAK KONTROVERSI



"Saya Abu, saya bukan ustaz. Saya bukan ustaz dan tidak selesa digelar ustaz, saya lebih suka kalau orang panggil Abu atau Abu Sufyan. Bila ada gelaran, ibarat tak boleh buat dosa dan kena maksum. Saya akui memang berat. Jadi ini adalah saya, bukan ustaz atau PU (Pencetus Ummah).
"Ketika saya mendapat gelaran tersebut daripada sebuah rancangan televisyen, saya sedaya upaya menjaga gelaran itu. Ini kerana saya lihat gelaran itu hakikatnya sebagai ujian besar untuk saya 'membawanya' melalui kehidupan, bukan satu anugerah."

Itulah ujar Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan yang merasakan dirinya tidak layak untuk digelar ustaz berikutan sering terpalit dengan kontroversi sebelum ini, selain mengakui tidak selesa digelar ustaz, tambahan pula gelaran tersebut baginya datang dengan tanggungjawab yang besar.

Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Abu menyifatkan golongan ustaz juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada dosa, selepas melihatkan ramai di kalangan ustaz terpalit kontroversi termasuk dirinya sendiri.

"Mereka (ustaz) manusia biasa seperti insan lain yang tak terlepas daripada melakukan kesilapan dan terkhilaf. Setiap manusia,ujiannya berbeza-beza tidak kiralah dia seorang ustaz, ilmuan agama mahu pun insan biasa," katanya.

Difahamkan, Abu kini bertugas sepenuhnya sebagai Pengurus Operasi Arab Saudi bagi syarikat Persada Global Holidays dan banyak berada di Mekah dan Madinah atas tuntutan kerja.



         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: