Penyanyi Shima, 54, tampil bersuara berhubung bayaran royalti yang belum diterima, selain memaklumkan, wakil Recording Performers Malaysia Berhad (RPM) memberitahu, mereka kini sedang mengumpul maklumat daripada pihak stesen radio serta pusat karaoke.
"Tadi, ada wakil RPM, Liza menghubungi saya. Katanya, mereka akan kira jumlah bayaran royalti saya dari tahun yang saya mendaftar sebagai ahli RPM iaitu pada tahun 2021. Jadi, royalti untuk tahun-tahun sebelum itu, tak adalah. Katanya, tahun ini akan keluar royalti. Jadi, saya akan tunggu. Menurutnya, dia perlu menunggu laporan dan maklumat daripada pihak radio dan pusat karaoke terlebih dahulu.
"Kalau anggaran, tak ada sebarang anggaran. Dia hubungi saya kerana menurutnya dia ada membaca artikel mengenai royalti saya ini. Jadi, dia kena selesaikan tahun ini," kata Shima atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamaruzzaman, 54, dimana dia turut menggesa agar artis-artis yang berdepan nasib sama sepertinya untuk bersuara.
"Artis-artis lain pun jangan senyap. Kalau yang dah kaya, saya tak tahulah. Mungkin mereka tak pandang duit royalti. Untuk saya, saya bukan orang senang. Kalau mereka ada masalah, hubungi RPM. Telefon sahaja ibu pejabat RPM itu," tutur Shima yang turut berdepan masalah kesihatan dan memerlukan wang bagi membiayai rawatan kesihatannya.
"Saya sakit dengan pelbagai penyakit. Tak kuasa saya nak cerita. Setiap bulan, kerja saya adalah berulang alik hospital. Duit itu, macam-macam saya nak gunakan antaranya untuk ubat, berjumpa doktor dan sebagainya. Jadi, saya berniaga kecil-kecilan dari rumah.
"Gerai dah lama tak ada. Hancur selepas kena ribut. Jadi, saya berniaga makanan dari rumah. Kalau ada orang pesan, saya akan siapkan. Saya bukan selalu berniaga pun. Ikut kemampuan juga.
"Tawaran menyanyi, tak ada. Yang ada pun, semua nak bayar 'ciput-ciput'. Gila ke apa? Tak berbaloi saya nak pergi. Dengan sakit begini, nak 'outstation' lagi, dibayar pula dengan harga 1980-an. Kau (penganjur) jangan biadaplah. Jangan kurang ajar. Aku kerja keras 30 tahun lebih nak kekalkan nama dan lagu, kau senang-senang nak panggil aku, kemudian bayar 'ciput'. Kau ingat apa?" jelas penyanyi lagu 'Teringin' itu.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment