"Apa-apa pun, tiada ungkapan atau kata-kata dapat digambarkan, hanya bersyukur ke hadrat Ilahi & tahniah buat adik saya Anne kerana dapat pingat cukup-cukup istimewa daripada Yang Di-Pertuan Agong. Tahniah sekali lagi buat Anne dan Darling. Dua-dua hebat sebenarnya berbanding abang dia yang merepek je kerjanya tak tentu hala..."
Demikian tulis pelakon dan pelawak, Bell Ngasri yang berkongsi berita gembira menerusi satu entri di laman Instagram, dimana dia mengucapkan tahniah buat adiknya, pelakon Datin Anne Ngasri yang menerima pingat Darjah Kesatria Mangku Negara daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, selepas pulang dari mengerjakan ibadah Haji.
Menerusi perkongsian itu, Bell turut berseloroh mengatakan adiknya seperti kanak-kanak apabila mendapat anugerah ini serta meluahkan rasa syukur Anne menerima pingat tersebut.
Klik untuk gambar besar
Perkongsian Bell itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji pelakon tersebut serta mengatakan adik itu hebat kerana mempunyai abang yang hebat.
Dalam pada itu, ada yang mengatakan Bell akan dapat anugerah di ABPBH malam ini dan bagi mereka Bell sememangnya bagus, meskipun tidak menerima mana-mana anugerah.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment