30 July 2023

SELAMAT BERSALIN SECARA BEDAH - FAYE KUSAIRI TIMANG ANAK KETIGA, PEREMPUAN



"Alhamdulillah, semalam (kelmarin) saya selamat seorang bayi perempuan yang comel dan sihat. Saya terpaksa menjalani pembedahan kecemasan disebabkan penurunan degupan jantung bayi dan komplikasi lain.
"Bagaimanapun semuanya berjalan lancar pada akhirnya," tulis pelakon Faye Kusairi pada hantaran yang dikongsikan menerusi Instagram, dimana dia memaklumkan cahata mata ketiganya selamat dilahirkan secara pembedahan berikutan beberapa komplikasi, di sebuah pusat perubatan di ibu negara, kelmarin.

Dalam perkongsian tersebut Faye atau nama sebenar, Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi turut memuat naik paparan perincian kelahiran puterinya yang dilahirkan dengan berat 2.46 kilogram.

Klik untuk gambar besar
Menurut pelakon yang berasal dari Sarawak itu lagi, selepas fasa melahirkan, paling utama kini adalah penjagaan kesihatan diri serta permata hatinya.

Isteri kepada pengarah Azmi Hatta itu turut menzahirkan permohonan maaf kepada rakan yang menghantar mesej, namun belum sempat dibalas satu persatu.
Untuk makluman, Faye mendirikan rumah tangga bersama Azmi pada 9 April 2017. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu kini sudah dikurniakan tiga cahaya mata. Anak sulung dan kedua mereka diberi nama Alif Azmi (9 April 2018) dan Asha Azmi (20 Disember 2020).

Ketika menunggu hari melahirkan anak kedua sekitar Disember 2020, Faye diserang Bell's Palsy iaitu kelumpuhan pada otot ketika usia kandungannya mencecah 38 minggu.

Keadaan kesihatan yang merudum mengakibatkan pelakon 'Istikharah Cinta' itu dimasukkan ke hospital bagi tujuan pemantauan selain persediaan melahirkan.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: