31 July 2023

AL-FATIHAH - BAKAL IBU MENTUA SHILA AMZAH DIJEMPUT ILAHI



Bakal ibu mentua kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Rohani Jamal telah dilaporkan meninggal dunia pada jam 6.45 petang, hari ini, selepas bertarung dengan penyakit barah dihidapinya.
Pada 27 Mei lalu, ibu pempengaruh media sosial, Ubai atau nama penuhnya, Muhammad Ubaidillah Mohd. Zulkefli, 25, hadir ke majlis pertunangan anaknya dengan Shila dalam keadaan bersemangat walaupun kurang sihat.

Berita sedih tersebut dikongsikan Ubai menerusi Instagram, dimana dia mengakui dia kini berhadapan dengan dugaan berat dalam hidupnya kerana kehilangan ibu tersayang yang kini kembali kepada Allah SWT.

Klik untuk gambar besar
"Salam semua, mak saya baru menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.45 petang tadi. Hilangnya doa seorang ibu. Beratnya dugaan ni untuk Ubai, tapi Ubai redha. Berehatlah mak. Mak seorang ibu yang baik, semua orang senang dengan mak.

"Ubai ingat semua pesan mak. Ubai tak pernah lupa. Terima kasih mak sebab jadi tempat untuk Ubai mengadu, untuk Ubai minta nasihat. Ubai janji akan jaga adik-beradik semua. Terima kasih mak. Ubai sayang mak sangat-sangat. Al Fatihah," tulisnya.

Kehilangan insan tersayang ini adalah kali kedua dialami Ubai sekeluarga pada tahun ini, dimana pada 4 Mei lalu, tunang Shila itu kehilangan adik lelakinya, Allahyarham Muhammad Azrullah Mohd Zulkefli yang meninggal dunia akibat kemalangan.
Sementara itu, menerusi Instagram Shila, 33, pula, dia turut mengucapkan terima kasih kepada arwah bakal ibu mentuanya itu di atas ruang masa yang sudah diberikan buat dirinya.

"Mak. Terima kasih atas pinjaman waktu ini mak. Lagi seminggu je mak. Selamat majlis Ubai dan Sha. Mak adalah mak yang baik dan penyayang, isteri yang sangat baik, anak yang baik, kakak yang baik, sahabat yang baik kepada semua yang sayangkan mak. Sha sayangkan mak, Lillahitaala. Selamat pergi ke negeri abadi. Al Fatihah," tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti, kenalan dan pengikut Ubai dan Shila mengucapkan takziah dan mendoakan kesejahteraan roh arwah agar dicucuri rahmat di sisi Allah.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: