31 July 2023

SHAKILLA KHORIRI TEGAS ITU GAMBAR LAMA, BUKAN SUAMI ORANG: "MENGENAI GAMBAR MESRA, SAYA MINTA MAAF"



"Saya kecewa apabila melihat emak saya menangis. Gambar yang dikongsi itu adalah gambar lama. Awak pasti ke dia itu suami orang? Saya ada bukti dia pernah jadi suami orang... gambar itu pada bulan Ogos dan September dan ketika itu dia memang sah bukan lagi suami orang."
Itulah ujar pelakon Shakilla Khoriri yang tampil menjawab beberapa tuduhan serta dakwaan menjalinkan hubungan cinta dengan suami orang, dimana dia menegaskan gambar berkenaan adalah lama serta lelaki tersebut bukanlah suami orang.

"Mengenai gambar mesra, saya minta maaf. Itu memang khilaf saya, tidak sepatutnya saya melakukan perkara itu. Apa yang saya rasa tidak boleh dimaafkan, awak mencuri gambar peribadi saya.

Klik untuk gambar besar
"Saya boleh mendakwa awak atas kesalahan mencuri, menyebar dan isi kandungan emel awak yang mengatakan saya mengikis duit suami orang," kata Shakilla yang turut meluahkan rasa kesal dan dilihat menangis apabila dituduh melakukan sihir untuk memikat lelaki berkenaan.

"Siapa yang cakap saya mandrem (sihir) suami orang, saya memang tidak akan maafkannya melainkan dia sendiri minta maaf kepada saya dan bapa saya. Saya tidak pernah terfikir untuk melakukan kesilapan di sisi Allah. Ingat saya ini jahat sangat ke... saya masih ada agama," tuturnya.
Sementara itu, Shakilla memaklumkan dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada pemfitnah, namun dia masih memberi peluang kepada si pelaku untuk memohon maaf

"Saya maafkan awak (pengirim emel) sekiranya awak rasa nak datang minta maaf kepada saya. Saya dengan berbesar hati akan tarik balik apa yang saya telah suruh peguam saya lakukan.

"Kalau awak merasakan dengan menyebarkan perkara-perkara itu boleh buat awak puas hati… boleh menjatuhkan saya, menutup pintu rezeki saya… awak salah. Impak apa yang awak buat bukan pada saya tetapi pada anak saya," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: