31 July 2023

"TERPULANGLAH, ITU HAK KALIAN" - PUTERI SARAH TAK KISAH DIPANGGIL 'JANDA MELETUP', 'JANDA BERHIAS'



"Saya tak kisah dah, nak cakap apa pun cakaplah. Terpulanglah, itu hak kalian. Untuk saya, ketawa saja begitulah," ujar pelakon Puteri Sarah Liyana, 38, yang mengulas mengenai dirinya yang diusik netizen dengan panggilan 'janda meletup', janda berhias', sejak dia bercerai dengan Syamsul Yusof, 39, pada 14 Jun lalu.
Sudah tidak peduli dengan semuanya, termasuk gangguan akaun palsu yang masih diterima di media sosial, Puteri Sarah menjelaskan, dia sudah 'move on' dan gembira dengan kehidupan dijalani sekarang.

"Nak cakap apa cakaplah, saya dah tak kisah. Saya dah pernah kena yang paling teruk pun," katanya yang kini sibuk menguruskan perniagaan dengan rakan kongsi dan kerjaya lakonan.

Klik untuk gambar besar
Sementara itu, ditanya mengenai segelintir peminatnya dari negara ini dan Indonesia yang cuba mengaitkan dirinya dengan beberapa selebriti dari negara jiran itu, Puteri Sarah berkata, dia juga tak kisah dan ambil serius dengannya.

"Terpulanglah pada mereka (peminat) nak 'kenen-kenen' (kaitkan) saya dengan siapa. Itu hak mereka (peminat), kalau ia membuatkan mereka suka dan terhibur," katanya.
Dalam perkembangan lain, Puteri Sarah memberitahu, buat masa ini, dia berehat sekejap daripada berlakon selepas tamat penggambaran drama sebanyak 100 episod selama lapan bulan.

"Insya-Allah, hujung Ogos depan saya akan kembali menjalani penggambaran. Kali ini untuk filem di Indonesia di bawah arahan Hanung Bramantyo dan akan berada di sana selama hampir tiga minggu.

"Kemudian, saya akan terbabit dengan latihan teater pula dengan produksi Janna Nick. Habis persembahan teater itu, pada hujung Oktober pula, saya akan menunaikan umrah," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: