19 July 2023

TARIKH KAHWIN - SHILA AMZAH TUNGGU IBU UBAI SIHAT BARU UMUMKAN



"Apa yang saya boleh katakan, sebanyak 70 peratus persiapan perkahwinan sudah dibuat. Tarikh perkahwinan memang sudah dekat tetapi buat masa ini saya tidak mahu maklumkan lagi kerana ibu Ubai masih lagi dirawat di hospital.
"Saya hanya akan memaklumkan tarikh perkahwinan kami selepas ibu keluar daripada hospital," jelas penyanyi Shila Amzah yang memberi bayangan bakal mendirikan rumah tangga dengan tunangnya iaitu Ubaidillah Mohd Zulkefli atau Ubai pada Ogos ini.

Persiapan perkahwinan sudah hampir 70 peratus selesai, Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah, 33, yang sedang hitung hari untuk disatukan dengan Ubai, bagaimanapun berkata tarikh sebenar hanya akan dimaklumkan selepas ibu Ubai iaitu Rohani Jamal keluar hospital kerana mengalami pendarahan pada bahagian rahim akibat kanser ovari.

Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Patah Seribu' ini yang dikatakan rapat dengan Ubai pada awal Februari lalu dan mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta itu berharap dia dapat meraikan hari bahagianya kelak bersama keluarga tersayang.

Klik untuk gambar besar
"Saya tidak mahu terlalu teruja bercerita tentang perkahwinan demi menjaga perasaan bakal ibu mentua yang sedang sakit.Ibu (ibu Ubai) mahu berada di majlis pernikahan kami dan disebabkan itu saya belum boleh maklumkan lagi tarikh perkahwinan kami.

"Saya hanya mahu menunggu ibu keluar daripada hospital dan barulah saya akan maklumkan kepada semua," ujarnya yang mengikat tali pertunangan dengan Ubai yang diraikan dalam sebuah majlis tertutup pada 27 Mei lalu, dimana ia dihadiri hanya rakan rapat dan saudara terdekat.

Untuk makluman, sebelum ini Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 namun hubungan mereka berakhir dengan penceraian pada Februari 2022.Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Seth Uwais yang kini berusia empat tahun.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: