19 July 2023

AAISYAH SUNYI TIADA KAWAN BERMAIN - ZAIN SAIDIN TAK PERNAH HENTI CUBA DAPAT ZURIAT, SERAH REZEKI KEPADA ALLAH



"Saya tak pernah henti mencuba untuk dapatkan zuriat cumanya ia bergantung kepada rezeki, kalau ada okay, sekiranya tak ada tak apa syukur saja.
"Aaisyah kadang-kadang dia ada juga bertanya soal itu sebab dia ada abang yang sudah besar jadi dia sunyi tak ada kawan. Jadi sebagai bapa, saya lah yang jadi kawan kepada dia sekarang ini.

"Pernah satu tahap dia minta adik yang sama umur dengannya supaya dapat bermain sekali... dia pernah juga cakap minta kami ambil anak angkat sama baya dengan dia.

Klik untuk gambar besar
Demikian ujar pelakon Zain Saidin yang memberitahu dia dan isterinya, pelakon Rozita Che Wan mempunyai perancangan untuk mendapatkan cahaya mata kedua, selepas anak perempuan mereka, Aaisyah Dhia Rana berasa sunyi kerana tiada kawan bermain.

Bagaimanapun, Zain atau nama penuhnya, Mohamad Zain Mohd Saidin, 39, berkata, dia reda sekiranya belum dikurniakan rezeki zuriat dan menyerahkan kepada Allah SWT.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: