"Ya, saya dah bercerai tiga tahun lalu. Saya pun dah tak ingat secara terperinci sebab benda tak menyeronokkan, tak perlu diingat," kata pelakon Dottie yang mendedahkan, dia sudah tiga tahun bercerai dengan bekas suami, Mohd Haffis Abu Hassan.
Dottie atau nama sebenarnya, Nor Syuhaida Abd Razak, 35, berkata, dia mahu menumpukan perhatian kepada diri sendiri dan belum bersedia untuk mencari pengganti.
"Buat masa sekarang, saya nak bergembira dulu. Saya sendiri belum bersedia untuk mencari pengganti," tuturnya yang turut mengulas mengenai kerjayanya sebagai pelakon, dimana tawaran kerja lakonan semakin perlahan, sekali gus mendorongnya untuk mencari peluang baharu di TikTok.
"Kerjaya lakonan saya agak perlahan sedikit. Tak ada banyak tawaran kerja. Disebabkan itu, saya beralih ke platform TikTok. Tambahan pula, sekarang semakin banyak persaingan baharu dan tiba masanya untuk meneroka peluang baharu," ujarnya.
Klik untuk gambar besar
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment