30 August 2023

PERNAH TELAN 20 BIJI PANADOL KETIKA BERDEPAN UJIAN & EPISOD HITAM - ZAMANI MAHU IA JADI IKHTIBAR



"Maaf cerita, saya mahu perkara ini jadi ikhtibar. Semua orang ada lalu zaman mereka tunggang terbalik. Waktu itu saya rasa diri saya macam 'useless' (tak berguna). Rasa hidup macam tak ada guna.
"Pada waktu itu semuanya diuji. Dari segi kerjaya, arwah mak saya pergi, kereta hilang dan banyak lagi. Saya percaya sebab benda ini datang, mesti ada kita tersilap atau apa.

"Jadi pada waktu itu, saya fikir memang tak boleh. Nak kelar tangan ke? Saya memang patut bersyukur, patut minta ampun dengan perbuatan itu kan?"

"Selepas tersedar, saya bersyukur masih diberikan peluang untuk meneruskan kehidupan. Malah, saya menjadikan apa yang berlaku sebagai ruang untuk memperbaiki kesilapan diri.

"Kaji balik masalah-masalah yang saya hadapi ketika itu, selesaikan secara perlahan-lahan. Alhamdulillah, rezeki pun semakin masuk. Kuncinya adalah kita harus yakin saja."

Itulah jelas penyanyi Zamani yang mendedahkan dia pernah menelan 20 biji pil panadol ketika berdepan dengan ujian dan episod hitam dalam hidupnya sebelum ini.

Akui Zamani, ketika itu dia merasakan dirinya tidak berguna, selain menemui jalan buntu selepas diuji dengan bermacam-macam ujian.

Dalam pada itu, Zamani berharap kesilapan yang dilakukannya itu dapat dijadikan iktibar buat mereka di luar sana.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: