30 August 2023

"RASA SEPERTI MATI HIDUP SEMULA" - AZWAN ALI TETAP AKAN LANTANG, MESKIPUN BARU SEMBUH DARI SIHIR



"Saya dinasihatkan oleh ustaz yang merawat supaya tidak berdendam. Ia akan menjadi memori negatif tetapi tidak bermakna ia akan mengubah diri saya 100 peratus.
"Saya tetap akan lantang dengan sebarang isu semasa kerana konsep 'makikan sahaja' sudah sebati sebab dari dulu memang saya akan menentang perkara tidak masuk akal."

Demikian ujar selebriti sensasi, Azwan Ali yang berkata, meskipun kini sudah sembuh akibat disihir oleh individu yang dikenalinya dalam industri, namun dia tidak akan berubah serta akan tetap lantang bersuara.

Kata Azwan atau lebih dikenali Diva AA, dia turut mengucapkan terima kasih buat individu berkenaan serta tidak mahu menyimpan sebarang dendam,

Sementara itu, Azwan menjelaskan, dia bukan lantang tidak tentu pasal serta tidak akan menyentuh isu melibatkan 3R iaitu raja, agama dan kaum.

"Saya bukan meroyan tidak tentu fasal. Saya akan terus 'bantai' sebarang isu sebab bukan buat fitnah. Makian juga adalah bertujuan untuk berlaku perubahan. Terpulang pada masing-masing untuk menilai diri ini.

"Saya akui ramai yang nampak niat sebenar (bermulut laser), contohnya seperti perkhidmatan yang kurang bagus. Ada pengurus kedai sendiri pernah minta maaf. Saya bukan bising semberono," jelasnya.

Dalam pada itu, Azwan turut mengulas, apa yang berlaku pada dirinya itu adalah ujian dan pengajaran buat semua termasuk dirinya mengenai sihir.

"Rasa sakit di bahagian leher, dada dan kaki. Di bahagian ada seperti terdengar bunyi letupan terlalu kuat sehingga buat saya terperanjat dan sakit.

"Di kaki juga rasa terlalu sakit, rasa seperti dicincang-cincang. Alhamdulillah, bacaan ayat kursi dan ruqyah banyak membantu. Semuanya dengan izin Allah SWT.

"Pendedahan ini adalah pengajaran untuk semua kerana jangan main-main dengan sihir. Saya anggap ini adalah ujian dan peristiwa ini membuatkan saya lebih sedar diri. Rasa seperti mati hidup semula," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: