30 August 2023

RUMAH NABIL KENA CEROBOH, SIAP MAKAN & TIDUR - PENGANGGUR LELAKI DIDENDA RM3,000



Mahkamah Majistret Rembau semalam telah menjatuhkan hukuman denda RM3,000 ke atas seorang penganggur bernama Fadzril Aqmal Abdul Anif, kerana menceroboh rumah pelakon dan pengacara Nabil Ahmad.
Sejurus pertuduhan dikemukakan di hadapan Majistret, Kartini Kasran, tertuduh berusia 31 tahun dari Rembau, mengaku salah melakukan perbuatan tersebut.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh pada jam 7.50 malam, 4 Januari 2022 bertempat di Kampung Senama Tengah, Rembau.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan berkenaan mengikut Seksyen 442 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, sekiranya gagal untuk membayar denda berkenaan, lelaki tersebut boleh dipenjara 10 bulan, seperti yang diperintah majistret.

Berdasarkan kes, tertuduh masuk ke dalam rumah pelawak itu secara menolak pintu dengan kuat, selain makan, berehat dan tidur di dalam rumah berkenaan.

Sebaik dimaklumkan rumah berkenaan diceroboh, adik kepada Nabil yang ditugaskan menjaga kediaman itu bergegas memeriksa kediaman itu sebelum dan mendapati kejadian itu adalah benar.

Pemeriksaan menjumpai sehelai baju t-shirt, tiga helai seluar tracksuit dan sepasang kasut dan di dalam poket track suit turut ditemui MyKad milik tertuduh.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: