29 August 2023

KEGUGURAN ISTERI DIKAITKAN DENGAN KIFARAH - DA'I SYED AMBIL TINDAKAN SAMAN



"Dakwaan awal fitnah ini berkaitan dengan kes mahkamah saya yang sudah selesai dan nama pun sudah dibersihkan. Namun, ia diterbitkan semula dan dikaitkan juga dengan keguguran kandungan isteri yang dikatakan kifarah untuk kami.
"Atas sebab itu, saya rasa tidak boleh berdiam diri lagi dan kena ambil tindakan undang-undang juga. Ia sesuatu yang bagi saya amat melampaui batas. Apatah lagi, hal ini adalah suatu fitnah terhadap saya. Dia juga dilihat seolah-olah cuba mengambil kesempatan di atas kesedihan dialami saya dan isteri."

Itulah kata pendakwah selebriti, Da'i Syed dalam sidang media yang diadakan di sebuah hotel, di sini, hari ini, dimana ia turut dihadiri sama, isteri iaitu Nurul Hana Ismail dan peguamnya, Syed Amirul Syed Edros.

Klik untuk gambar besar
Jelas Syed, dia tidak boleh berdiam diri terhadap dakwaan fitnah yang disebarkan semula oleh individu yang menggunakan nama akaun di TikTok @chempakasuri97 milik Nurul Atiqah, apabila ia juga dikaitkan dengan keguguran dialami isterinya pada 26 Julai itu.

Ulas Syed atau nama sebenarnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohamad Shaiful, 27, dia menganggap perkara itu sebagai satu kenyataan salah dan sengaja diada-adakan.

Minggu lalu, wanita terbabit dikatakan memuat naik semula keratan berita mengenai kes rogol itu di media sosialnya dan tular. Wanita itu yang mendakwa dirinya sebagai mangsa perkosaan pendakwah terbabit turut mengaitkan kehilangan anak dalam kandungan isterinya itu adalah kifarah di atas perbuatan buruk itu.
Dalam pada itu, Syed juga akan memulakan tindakan undang-undang terhadap seorang lagi wanita atas fitnah yang diterbitkannya pada 23 November 2021.

"Sebelum ini, pada 26 November 2021, wanita itu membuat satu laporan polis yang menyatakan bahawa dia mengaku bertanggungjawab sebagai individu yang memuat naik hantaran itu dan memohon maaf kerana memfitnah saya.

"Namun, laporan yang dibuatnya sebelum ini tidak dapat menidakkan tindakannya yang memfitnah saya malah dalam laporan yang sama, dia sendiri mengakui bertanggungjawab terhadap fitnah itu," ujarnya.
Tambah Syed lagi, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa saja yang memfitnahnya dan mengaitkan juga isteri serta keluarga.

"Saya memohon agar orang lain yang tidak terkait dengan kes dan tidak mengetahui fakta kes yang sebenar, dapat berlaku adil dalam memberikan sebarang komentar," tuturnya.

Dalam pada itu, Syed berharap orang ramai akan menerima penjelasan dibuatnya dan berhati-hati ketika menulis komen agar tidak dikenakan tindakan undang-undang.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: