Anak sulung kepada pelakon Remy Ishak iaitu Tuah Alam telah pun genap usia sebulan pada 27 Ogos lalu.
Sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-2 pada 21 Ogos, Remy dan isterinya, Ezza Yusof telah mengadakan majlis tahnik dan cukur jambul untuk anak lelaki mereka.
Majlis yang berlangsung sedernana secara tertutup itu hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat.
Klik untuk gambar besar
"Istimewanya amalan sunat tahnik itu dilakukan sendiri oleh seorang pendakwah terkenal iaitu Ustaz Ahmad Dasuki yang menyuapkan sedikit kurma ke dalam mulut anaknya.
Lebih istimewa, pada pertengahan majlis tersebut, Remy tiba-tiba membuat kejutan kepada isterinya dengan memberikan sesuatu sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
Tetamu yang hadir itu turut meraikan hari ulang tahun perkahwinan pasangan ini bersama dengan menyaksikan Ezza kelihatan terharu dengan kejutan yang diberikan suami.
Pada 27 Julai lalu, isteri Remy selamat melahirkan anak sulung lelaki di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment