29 August 2023

SERBA SERBI BIJAK, PENYAYANG BUAT NAD ZAINAL TERTARIK DENGAN UNGKU ISMAIL



"Saya suka individu yang bijak, pandai bawa diri, seorang lelaki pandai agama dan menjaga solat… dia kena bijak, serba-serbi bijak. Kalau nak bandingkan saya yang bijak ini, dia kena lebih bijak.
"Saya dah bijak dah, dia kena lagi bijak daripada saya. Untuk jumpa lelaki yang lebih bijak daripada saya, susah. Untuk saya hormat seseorang itu, menjadi ketua keluarga itu, susah nak dapat ciri-ciri lelaki itu.

"Selalunya, ramai perempuan sekarang ini yang ambil alih tugas lelaki, mendominasi keluarga. Saya seorang wanita tradisional, jadi saya suka yang dominan, ada leadership."

Demikian kata pelakon Nad Zainal yang berkongsikan ciri-ciri lelaki idamannya dimana ia ada pada suaminya, pelakon Ungku Ismail, yang membuatkannya tertarik.

Menerusi sesi siaran langsung bersama peminat, Nad memberitahu, dia mengimpikan seorang lelaki yang bijak untuk menjadi ketua keluarga.

Dalam pada itu, Nad yang hampir tujuh bulan mendirikan rumah tangga dengan Ungku Ismail berkata, suaminya itu seorang yang penyayang serta seorang yang selalu mengutamakan kedua orang tua.

Klik untuk gambar besar
Selain itu, tambah Nad yang bakal bersalin anak ketiga tidak lama lagi itu, Ungku Ismail juga sekepala serta berkongsikan minat yang sama.

"Dia ada kualiti-kualiti itu dan sangat penyayang. Dia seorang suami, bapa dan anak yang baik. Itu sangat penting. Carilah bakal suami yang mampu menyayangi parents anda macam dia sayang parents sendiri.

"Itu yang saya jumpa pada Ismail. Kualiti-kualiti itu, Alhamdulillah, ada. Tapi, nak cakap terlalu awal pun, memang terlalu awal sebab belum setahun lagi.

"Ada banyak benda lagi tak kenal. Selain itu, kita sekepala dan kita suka makan dan berjalan. Carilah lelaki yang bijak, yang boleh melentur anda terutama awak ini jenis yang degil," tuturnya.

Untuk makluman, Nad Zainal dan Ungku Ismail mendirikan rumah tangga pada 29 Januari lalu dan mereka bakal menimang cahaya mata yang dijangka pada dilahirkan pada pertengahan Oktober depan.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: