29 August 2023

UMUM ISTERI KINI HAMIL 5 BULAN - RYAN BAKERY KONGSI BAKAL NAMA ANAK



"Syukur atas kemenangan ini. Ini sebenarnya hadiah buat isteri dan anak kami yang akan lahir nanti. Isteri saya kini sedang hamil lima bulan. Tak sangka dan tanpa sedar saya dah nak jadi ayah. Mohon doa semua untuk kesejahteraan isteri dan anak dalam kandungan.
"Kalau anak lelaki saya beri nama Ryan Ezra dan kalau perempuan pula Raisya Ezra," kata personaliti media sosial, Ryan Bakery yang berkongsikan khabar gembira isterinya, Elyia Ibrahim kini hamil bulan, selepas dinobat Popular Creator of the Year di TikTok Awards Malaysia, malam Ahad.

Dalam pada itu, Ryan turut meminta peminat mendoakan agar kandungan isterinya dalam keadaan selamat, selain berkongsi yang dia sudah mempunyai nama anak meskipun belum tahu jantina bayi dalam kandungan isterinya.

Tambah Ryan atau nama penuhnya, Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 28, isterinya tu turut mengalami alahan teruk di awal kehamilan serta mengidam minum teh hijau.

Klik untuk gambar besar
"Teruk juga dia muntah-muntah pada awal kehamilan. Malah dia ada juga mengidam nak minum teh hijau. Bayangkan macam mana saya nak cari minuman itu sebab saya tinggal di kawasan kampung. Tetapi demi isteri saya turutkan juga permintaan itu," tuturnya.

Dalam pada itu, kata Ryan lagi, dia juga tidak sabar untuk membuat konten menampilkan anak mereka kelak. Selain itu, dia juga perlu bekerja keras untuk menampung kehidupan keluarga yang semakin bertambah.

"Sekarang ini semua kerja saya buat. Tetapi disebabkan saya tinggal di Temerloh, Pahang, ia agak terbatas kerana banyak tawaran di Kuala Lumpur. Pernah juga cuba tinggal di KL, tetapi susah nak dapat idea di sini. Saya lebih tenang dan selesa tinggal di kampung," jelasnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: