22 August 2023

YUSOF HASLAM KESAL BERITA PALSU DAKWA A GALAK MENINGGAL DUNIA : "HARI-HARI DIA BERSAMA SAYA"



Baru-baru ini, tersebar berita palsu mengenai pelakon A Galak atau nama sebenarnya Zakaria Ahmad, 82, yang didakwa meninggal dunia semalam dan orang ramai dimohon sedekahkan Al Fatihah.
Berhubung penyebaran berita tersebut, pengarah dan penerbit filem, Datuk Yusof Haslam, 69, meluahkan rasa kesal kerana sahabat baiknya itu sentiasa dengannya.

Tambahnya lagi, ia dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang didapatinya kini semakin tidak terkawal di media sosial untuk tujuan tertentu.

"Hari-hari dia (A Galak) bersama saya. Semua 'fake news' (berita palsu). Perbuatan ini dilakukan orang yang bersikap tidak bertanggungjawab. Dah makin kerap berlaku dan saya harap mereka hentikan membuat dosa saja dengan menyebarkan berita palsu kepada orang ramai.

"Semoga ada undang-undang yang tegas daripada pihak berkuasa dan berwajib bagi mereka yang melakukan penyebaran berita palsu ini. Kena ada hukuman denda yang setimpal atau penjara," jelasnya.

Ujar Yusof, sudah tiba masanya untuk tindakan tegas dikenakan kepada penyebar yang tidak bermoral ini kerana sudah melampau sangat dan menjadi satu perbuatan yang biasa bagi mereka.

Sebelum ini, A Galak yang cukup dikenali sebagai 'Sarjan Misai' dalam drama 'Gerak Khas' itu pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 27 Mei 2019 selepas diserang angin ahmar.

Bagaimanapun, kini dia sihat dan keadaannya masih baik serta aktif bekerja dengan Skop Production milik Yusof.

A Galak yang dilahirkan di Johor dan dibesarkan di Singapura itu mempunyai lima orang anak. Dia sudah aktif berlakon pada tahun 1961 menerusi filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee, 'Ali Baba Bujang Lapuk' sebagai penyamun.

Pada 1983, A Galak juga berlakon filem 'Darah Satria' sebagai Sarjan Razak dan diikuti filem 'Azura' pada 1984 dengan watak Datuk Puteh iaitu bapa Zack lakonan Datuk Jamal Abdillah.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: