22 August 2023

JALANI UJIAN CT SCAN - CONNIE @ NORLIDA AHMAD MASIH DALAM KEADAAN LEMAH TETAPI STABIL



Pelakon era 1980-an, Norlida Ahmad, 64, atau dikenali Connie telah menjalani ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) yang dilakukan, tengah hari, semalam.
Anak tunggal Connie iaitu Ally Marisha Afrina Abddullah, 24, berkata keluarga ketika ini masih menunggu keputusan ujian ibu. Dalam pada itu, Ally turut berkongsi perkembangan terkini ibunya yang masih dalam keadaan sama.

"Selain itu, doktor menjalankan prosedur dikenali sebagai Peripherally Inserted Central Catheter (PICC) di mana satu saluran dipasang ke urat jantung bagi memudahkan antibiotik dan ubat dimasukkan untuk penggunaan jangka masa panjang.

"Ummi masih lemah tetapi stabil. Kami masih lagi menunggu keputusan doktor untuk tindakan seterusnya. Doakan semoga urusan Ummi seterusnya akan dipermudahkan," tuturnya.

Connie yang popular pada era 1980-an menerusi filem 'Tujuh Biang Keladi', 'Bujang Lapok Kembali Daa' dan 'Suara Kekasih', dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban lebih seminggu lalu kerana masalah buah pinggang bernanah dan jangkitan kuman pada paru-paru serta darah.

Connie pernah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, kerana tekanan darah rendah dan jangkitan kuman di buah pinggang pada 2018 hingga lumpuh separuh badan.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: