22 August 2023

"SAYA HARAP MEREKA (ANAK-ANAK) SELAMAT & BAHAGIA... FI AMANILLAH" - FARID KAMIL



Semua sedia maklum mengenai pelakon Diana Danielle, 32, yang telah memperoleh hak penjagaan penuh dua anaknya, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8, selepas Hakim Syarie, Zulfikri Yasoa menetapkan hak tersebut dan semua tuntutan diselesaikan secara global dan baik antara kedua-dua pihak.
Berhubung perkara berkenaan, bekas suami Diana iaitu pelakon Farid Kamil berkata, dia berdoa untuk dua anaknya yang kini berada di bawah jagaan penuh bekas isterinya itu seperti ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, dekat sini, petang semalam.

Farid atau nama penuhnya, Farid Kamil Zahari, mengharapkan dua cahaya matanya ini sentiasa berada di bawah lindungan dan peliharaan Allah S.W.T.

"Saya harap mereka (anak-anak) selamat dan bahagia. Buat masa ini, hanya doa Fi Amanillah (di bawah lindungan Allah)," katanya yang juga meluahkan rasa rindu selepas hampir dua bulan tidak bersemuka dan bertentang mata dengan dua permata hatinya.

Klik untuk gambar besar
"Kali terakhir saya bertemu mereka adalah sebelum Hari Raya Haji. Sudah tentu rindu (anak-anak) walaupun jalan kita (bekas isteri) sudah berbeza. Saya selalu buat panggilan video dan berhubung dengan Muhammad dan Aurora melalui WhatsApp," tutur Farid yang turut berkata, dia sudah menjelaskan status penceraian kepada anak sulungnya, Muhammad.

"Saya sudah maklumkan kepada Muhammad tentang perkara ini. Saya berharap dia faham dengan situasi sekarang. Apa yang lebih penting adalah kesihatan mental dan keselamatan mereka menjadi keutamaan saya," jelas pelakon utama filem 'Anwar: The Untold Story' itu.

Untuk makluman, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Namun pada 10 Ogos lalu, pasangan ini sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Subang Bestari, dekat sini.
Farid melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Shukran Yusof menerusi aplikasi Google Meet memandangkan dia mengalami masalah kesihatan kesan akibat jangkitan C0V1D.

Pada 10 Mac lalu, Diana memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, di mahkamah sama.

Alasan diberikan pelakon filem 'Imaginur' itu ialah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan serta tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: