22 August 2023

"KAMI SUDAH BERPISAH SECARA BAIK" - ZAINAL ABIDIN JUMPA FYNA JEBAT UNTUK SELESAIKAN MASALAH



Sebelum ini, tular video di media sosial memaparkan bekas jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin dan penyanyi Fyna Jebat keluar makan bersama sekaligus menimbulkan tanda tanya mengenai status hubungan mereka.
Terbaru, menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman Instagram Astro Arena, Zainal telah menjawab video tular tersebut ketika menjadi tetamu dalam sebuah rancangan semalam.

Jelas Zainal, dia dan Fyna sudah berpisah secara baik, sekaligus status perkahwinan mereka akhirnya terjawab. Bagaimanapun, Zainal tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai tarikh mereka bercerai.

Klik untuk gambar besar
"Kami sudah berpisah secara baik," kata Zainal yang turut mengesahkan bahawa dia ada berjumpa dengan bekas isteri keduanya itu di sebuah kedai makan baru-baru ini untuk menyelesaikan perkara berkenean perceraian mereka.

"Iya, itu memang saya. Saya jumpa bekas isteri kedua. Pergi makan berjumpa ada benda nak selesaikan beberapa masalah," tuturnya lagi.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: