22 August 2023

"PEREMPUAN INI SUDAH SAYA ANGGAP SEPERTI ANAK SENDIRI" - IBU SHILA AMZAH DEDAH BEKAS SUAMI 'HILANGKAN DIRI' HAMPIR SETAHUN, NIKAH BFF ANAK SEJAK 2019



Menerusi muat naik terkini di laman Instagram, ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman akhirnya bersuara mengenai kemelut rumah tangganya dengan bekas suami, penyanyi dan pelakon era 1980-an, Datuk ND Lala.
Dalam satu perkongsian panjang di Instagram pagi tadi, Fauziah memberitahu, dia mula mendapat tahu mengenai perkahwinan bekas suaminya itu dengan kawan baik anaknya pada 2019, namun hatinya cuba menafikan khabar angin berkenaan.

"Saya masih ingat, pada 2019 – anak sulung saya (Shila) memberitahu ada orang menyampaikan kepada dia yang Abahnya sudah bernikah dengan perempuan ini tapi saya sendiri di dalam hati masih menafikannya.

"Beberapa hari selepas dapat tahu saya bertemu sendiri perempuan ini yang bekerja dengan abah Anak2 saya dan bertanya sendiri, jawapannya dia tidak akan melakukannya kerana dia menganggap kami suami isteri sebagai 'orang tuanya'. Hakikatnya ketika itu mereka telah berkahwin," tulisnya.

Klik untuk gambar besar
Tambah Fauziah lagi, dia juga turut mendapat maklumat dari ahli keluarga wanita itu bahawa dia sudah menghilangkan diri sejak 2016 dan sepanjang tempoh itu perkahwinannya dengan ND Lala goyah. Kemudiannya kata Fauziah, ND Lala mula pulang lewat serta pernah berminggu tidak balik dengan pelbagai alasan.

"Malah ketika banjir besar pada Disember 2021, tiada pertolongan dari ketua keluarga (Langsung tak ambik tahu) banyak harta benda musnah dalam tragedi banjir ini.

"Abah Anak-anak saya menghilangkan diri selama hampir setahun sejak 28 Januari 2022. Call mesej tak jawab tapi tiba-tiba muncul Di Semifinal dan Final bila puteri sulung kami bertanding dalam Gegar Vaganza tahun berkenaan.
"Saya sangkakan keadaan akan jadi normal tetapi berkat doa, kebenaran yang selama ini cuba dia sembunyikan akhirnya terkeluar satu demi satu. Yang paling mengejutkan bukan setahun dua.. rupanya bertahun-tahun penipuan," kongsinya.

Menerusi perkongsian yang mendapat perhatian ramai itu, semuanya terbongkar apabila anak lelakinya mengambil kereta yang tertinggal di Kedah disebabkan ayah mereka sakit. Namun hancur hati seorang isteri apabila menemui beg pakaian baju suami bercampur dengan wanita lain.

"Orang kedah terpaksa Cari Anak saya untuk ambik Kereta sebab Abah Anak2 saya tak dapat dihubungi. Pada awalnya Anak saya sangka kereta itu milik Abahnya tetapi dari sinilah kami sangat yakin cerita perkahwinan mereka ini sangatlah benar.
"Bagaimana rasanya jiwa seorang isteri apabila menemui beg pakaian yang bercampur antara baju suami dan perempuan lain dalam satu luggage. Kereta bagai kan rumah.. pakaian dobi n lain2 barang penuh satu Kereta. Saya tak perlu nyatakan detail. Semua ini saya lalui dan anak-anak menjadi saksinya," jelasnya lagi.

Ujar Fauziah, apa yang lebih membuatkan dirinya kecewa, anaknya dituduh mencuri kereta tersebut hingga laporan polis dibuat oleh wanita berkenaan. Tidak hanya setakat itu, anaknya turut dipaksa mengakui kesilapan yang kemudian dirakamkan ND Lala sendiri tanpa rasa bersalah.

Akhir sekali, Fauziah berkata, pendedahan itu dibuat agar wanita diluar sana lebih waspada dengan sesiapa yang mungkin dianggap kakak, adik, anak atau sahabat supaya jangan beri ruang yang terlalu luas hingga mata dikaburi.

Terdahulu, sekitar dua minggu lalu, ibu Shila itu telah mengesahkan bahawa dia sudah pun diceraikan suaminya pada 2 Ogos lalu selepas 34 tahun mendirikan rumah tangga.


         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: