23 August 2023

FASHA SANDHA : "GEMUK KE BERISI KE, SAYA TETAP JOGET & HAPPY... MALU PADA KELUARGA MIL?... TAK PERLU MALU JADI DIRI SENDIRI"



"Video membuktikan daripada zaman berisi atau bulat saya tetap berjoget, semalam ada beberapa komen mengatakan bila dah kurus terus berjoget. Terima kasih sister diatas teguran, cuma agak tersilap fakta nya.
"Seketul Fasha Sandha ni adalah manusia yang sentiasa happy dan enjoy, gemuk ke berisi ke, saya tetap joget dan happy. Takde masa nak edit gambar atau edit video nak jadikan sy kurus dalam gambar mahupun video."

Itulah jelas pelakon Fasha Sandha menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram, susulan teguran diberikan netizen terhadapnya yang dilihat sering berjoget selepas tubuh badannya semakin langsing.

Klik untuk gambar besar
Dalam komen ditinggalkan, individu mempersoalkan adakah Fasha tidak segan dengan ibu mentua serta iparnya apabila berkongsikan video menari, sedangkan tidak melakukan perkara sama ketika badannya berisi.

Fasha yang turut memberikan bukti video itu mengatakan bahawa dia tetap menari ketika zaman berisi sebelum ini, selain berkata, tidak perlu malu untuk menjadi diri sendiri sebaliknya lebih malu jika dilihat baik namun hipokrit serta sering iri hati dengan orang lain.
"Malu pada keluarga MIL? Kenapa? Sebab sy berjoget? Pada saya, TAK PERLU malu untuk jadi diri sendiri sister.

"Lagi malu kalau kelihatan warak dan baik, tapi bersifat 'munafik' dan hipokrit, juga selalu iri hati pada orang dan berhati tak bersih.

"Tiada siapa pun sempurna didunia ni sister, tiada siapa layak untuk judge sesiapapun," tulis isteri kepada pelakon Aidil Aziz itu lagi.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: