23 August 2023

SEKIAN LAMA 'MENYIMPAN' - NAD ZAINAL AKHIRNYA SAHKAN BAKAL TIMANG ANAK KETIGA OKTOBER DEPAN



"Insya-Allah bersalin pada Oktober nanti. Alhamdulillah fasa hamil kali ini tenang-tenang saja, cuma sekarang musim panas. Demam dan batuk itu biasalah, tapi tak mengapa."
Demikian jelas pelakon Nad Zainal yang akhirnya mengesahkan dirinya sedang hamil anak ketiga dan bakal bersalin pada pertengahan Oktober depan.

Nad yang sekian lama menyimpan kehamilannya itu berkata, dia terbuka untuk berkongsikan perkhabaran gembira tersebut, apatah lagi 'baby bump' tidak boleh disorok lagi.

"Saya baru selesai penggambaram sebuah projek bersama Erma Fatima. Saya pegang watak wanita mengandung.

Klik untuk gambar besar
"Suami pun seloroh, dah tak boleh nak sorok (kehamilan) ini. Kalau ada yang tahu, tahulah. Cuma nak buat pengumuman tidaklah," katanya.

Dalam pada itu, Nad turut berkongsikan untuk kehamilan kali ini, dia sering mengidam Nasi Kandar, namun doktor menasihatinya supaya mengawal pemakanan.

"Saya boleh nikmati hiadangan Nasi Kandar pada waktu tengahari atau malam. Cumanya saya kena kawal diet selepas dinasihati doktor susulan badan cepat sangat naik," ujarnya.
Untuk makluman, Nad mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ungku Ismail pada 23 Januari lalu.

Terdahulu, Nad pernah berkahwin dengan Muhammad Faliq Amirudin pada Disember 2015, namun bercerai pada September tahun lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, Nad dan bekas suaminya itu dikurniakan dua orang cahaya mata, Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: