23 August 2023

"SAYA PULA YANG KENA JUAL UNTUK DAPATKAN WANG?" - HIDAYAH PERSOAL ALI PUTEH MAHU BAYAR HUTANG SAMAN PAKAI MOTOSIKAL



Balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali menjelaskan, dia telah menolak pembayaran hutang saman berupa motosikal daripada pelawak Ali Puteh untuk menyelesaikan hutang saman berjumlah RM76,000 yang dimenanginya tahun lalu.
Kata ibu kepada seorang cahaya mata itu, dia menolak kerana saman tersebut perlu dibayar dalam bentuk wang sebagaimana diperintahkan mahkamah.

"Saya pun tidak menggunakan motosikal berkenaan yang ingin diberikan kepada saya seperti Yamaha RXZ, Yamaha 125Z dan Yamaha Y15. Wajarkah? Sekiranya pihak sana mengatakan semua motosikal itu masih ada nilainya, sila jual dulu dan wang itu dibayar kepada saya.

"Saya pun tidak menggunakan motosikal berkenaan yang ingin diberikan kepada saya seperti Yamaha RXZ, Yamaha 125Z dan Yamaha Y15. Wajarkah? Sekiranya pihak sana mengatakan semua motosikal itu masih ada nilainya, sila jual dulu dan wang itu dibayar kepada saya," tuturnya.

Klik untuk gambar besar
Ujar Hidayah, hutang tersebut bukan seperti 'sistem barter' yang boleh dilangsaikan dengan membuat pertukaran barang serta mempersoalkan mengapa pihak disana tidak menjual motosikal berkenaan dan berikan wang jualan kepadanya.

"Persoalannya, mengapa dan kenapa pihak sana tidak mahu menjual terlebih dulu motosikal itu dan kemudian wangnya diberikan kepada saya untuk selesaikan hutang? Mengapa dan kenapa perlu memberi motosikal itu kepada saya dan saya pula yang perlu jual untuk dapatkan wang?" katanya.

Terdahulu, Hidayah menggesa Ali membayar saman yang dimenangi olehnya sejak Februari 2022 lagi, meskipun sebelum ini memaklumkan akan membayar tuntutan berkenaan.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: