"Sebab orang tak tahu macam mana 'struggle' kita pergi berubat ikhtiar. Kalau ikutkan, tahun depan masuk sembilan tahun. Tapi itulah, mungkin belum ada.
"Tapi yang paling saya kagum adalah mentua ataupun bapa saya tak pernah tanya bila nak ada anak. Kalau ikutkan, dalam adik beradik saya semua ada anak yang sangat ramai. Tapi bila giliran saya, diorang tak 'push'."
Itulah ujar pelakon dan penyampai Siti Elizad yang meluahkan rasa syukur kerana bapa serta mentuanya sangat memahami soal zuriat, malah tidak pernah bertanyakan mengenainya.
Klik untuk gambar besar
Elizad bercerita hal tersebut selepas Sinar FM berkongsikan video menyentuh hati dimana seorang pendengar berkongsikan dia dikurniakan zuriat selepas lima kali mengalami keguguran.
Namun, pendengar bernama Kak Dian itu ralat kerana ibu bapa mentuanya tidak berkesempatan melihat wajah cucu mereka kerana telah meninggal dunia.
Elizad yang mendengar kisah tersebut turut sebak serta berkongsikan sehingga kini, dia masih berusaha mendapatkan cahaya mata selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.
Terdahulu, Elizad pernah menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) untuk mendapatkan cahaya mata, namun rezeki belum berpihak padanya.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::

No comments:
Post a Comment