24 August 2023

FARID KAMIL REDA : " SAYA HARAP SATU HARI NANTI DAPAT BERKOMUNIKASI SECARA LANGSUNG DENGAN DIANA DANIELLE"



Semua sedia maklum mengenai pasangan pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle, 32, yang sah bercerai talak satu menerusi 'Google Meet', pada 10 Ogos lalu.
Dalam pada itu, Diana juga telah mendapat hak penjagaan secara penuh anak-anaknya, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Sementara itu, Farid atau nama penuhnya, Farid Kamil Zahari, 42, berharap dia dapat berkomunikasi secara langsung dengan bekas isterinya itu suatu hari nanti.

Jelas Farid lagi, dia dan Diana hanya berkomunikasi menerusi perantaraan peguam, sejak terjadi kemelut rumah tangga mereka sehingga selepas bercerai.

"Saya kini berharap satu hari nanti hubungan antara kami boleh menjadi baik dan normal semula apabila dapat berkomunikasi secara langsung demi kesejahteraan, kegembiraan dan tumbesaran anak-anak.

Klik untuk gambar besar
"Selepas apa yang berlaku, saya juga amat bersyukur dikurniakan Allah dengan taufik dan hidayah. Alhamdulillah, saya pun baru selesai pergi bersuluk (mendekatkan diri pada Allah) dan inilah jalan yang saya cari," katanya.

Sudah dua minggu bercerai, Farid menyifatkan perpisahan terjadi itu adalah takdir yang sudah tertulis dan reda dengan apa yang berlaku.

"Apa yang ditakdirkan untuk saya lalui sekarang ini, semua sudah tertulis. Sebagai hamba, saya kena reda menjalani kehidupan ini seperti biasa walaupun ia pengalaman baharu kembali hidup bujang macam dulu.

"Mula-mula bujang, kemudian berkahwin dan sekarang bujang kembali, inilah proses kehidupan. Jadi, masa depan sebenarnya sudah tertulis dan saya hanya mahu mensyukuri segala nikmat diberikan Allah," turutnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: